Cinta Kami Selamanya

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st Hero

Our 2nd hero

Our incoming 3rd baby

31 May 2011

8 month already

28 Mei, Sabtu yg lepas, genap Mikael 8 bulan...hooraayyy...syg Mama sudah besar...then ptg smlm g klinik utk check up dia...Nurse puas hati dgn pkembangan Mikael..
Berat Mikael : 7.7kg
Panjang : 68cm
Mikael happy dgn baju baru dia..

Dan maklumat & info yg diterima dari babycenter.com :
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/8bulan/

Perkembangan bayi anda pada usia 8 bulan

Duduk, merangkak dan berdiri (Ya benar sama sekali, Mikael sudah pndai duduk dgn sendiri, merangkak & berdiri)
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.



Menggunakan tangan (Gunakan tangan mmg Mikael dh pakar sgt2..)
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.
Mikael cuba nk dptkn kamera yg Mama pegang ;)

Sifat semakin emosional (Yup..makin suka mnangis..cengeng..asal tggi suara ckit je, dh mcebek2..)
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.

Apabila berpisah (Dh mula kenal org..org yg xpenah jumpa mst dia menangis & xnk ngn org tue..Kalo x nmpk muka Mama @ Papa, mst dh nangis..sbb takut kot..)
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

Mengeksplorasi objek (Haha nie mmg dari kecik lagi dh pandai..)
Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

Penglihatan yang semakin baik (Bagus la kalo dh leh nmpk dgn jelas..)
Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. 
Mikael tgh tdo, gmbr kt taska dia..

Untuk lebih info & maklumat, sila klik http://www.babycenter.com.my/malay/baby 

27 May 2011

Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)

Lagu Tema Drama Indonesia (CINTA MELODY)
Setiap Isnin-Jumaat, 6.30 ptg Ch104

ZHIFILIA - AISHITERU (MENUNGGU)

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

* Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

26 May 2011

Mikael & Bukit Merah Laketown Resort

Pada Sabtu, 2 April yg lps, Mikael, Mama & Papa g jejalan ke Selama, Perak sbb wedding Uncle Pejai & Auntie Eyta. Kitorg sekeluarga dh plan utk bcuti2 terus ke Bukit Merah Laketown Resort bsama konvoi2 yg lain.. Trip kali ini disertai oleh 4 kereta iaitu Uncle Nasir & Auntie Raha, Erisha & Family, Uncle Lola & Auntie Farah & Mikael & Family...so 4 sekeluarga la kan...

Disebabkan wedding nyer ari Sabtu, kami bcadang utk tidur 1 mlm di Selama..but last minute tukar plan pulak..kitorg terus g Penang tidur kt Homestay Astana, Balik Pulau..Homestay nyer bagus..RM220 utk 1 mlm..ok la kn utk kitorg 4 keluarga??tp aku tlupa plak nk amik gmbr kt homestay tue..kt kamera dorg2 yg lain ade la..

Esok nya, on the way balik KL..kitorg singgah la Bukit Merah Laketown Resort...bkn main seronok Mikael dpt main air..tp sbb Mikael kecik lagi, jd dia cepat penat & tido..jd Mama la yg menemankan Mikael tido, manakala dorg2 yg lain seronok nyer main2 segala permainan yg ada...ish ish x ptut dorg tgglkn Mama kn??

So kita layan la gmbr Mikael bmain air...enjoy yer !!!!
Pintu masuk ke taman tema air
Mikael dgn Mama main air sama2..
Nie awal lagi..so Mikael mcm konfius tgk air yg byk..
Nie la uncle2 & auntie2 yg join sama trip Mikael kali nie..
Pcubaan meletakkan Mikael dlm pelampung tue..pinjam pelampung Si Erisya
Amboi suka nyer Mikael main air..comel nyer anak Mama nie ;)
Disbbkn cuaca yg panas, kita main bwh jambatan je la ye Mikael..
Kesejukkan anak Mama nie..pegang kuat2 yer pelampung tue ;)
Mikael dgn Papa naik pelampung sama2..
Mikael dgn Mama..
Rehat kejap..sbb masing2 dh penat...
Mikael kepenatan & tidur..Mama la yg temankan dia sementara dorg2 yg lain teruskn main air..
Sblm blik, bgambar dlu kt pintu masuk..
Bye bye Bukit Merah, nti Mikael dtg lagi ;)

25 May 2011

28 Tahun Hidup Di Muka Bumi

Pada tarikh keramat 25 /05/2011 genap la 28 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini..haha..sudah semakin tua rupa nya aku..hikhikhik..masih tidak sedar diri lagi aku nie kn???2 tahun lagi akn btukar digit 3 depan umur ku..haha..oohh tidak..xpe2..terus kn menikmati hidup selagi nyawa masih dibadan..selagi ajal belum mjemput..selagi Allah mberi kesempatan & peluang..


Tapi birthday aku kali ni, my hubby berada di kejauhan..huhu..balik nti aku akan tuntut present dr dia..haha..Wishes dari dia pun xde nie..uwaa..uwaa..ye la..kt tgh2 laut tue mcm mane nk call??ape la aku nie..sabar yer Mama Mikael..tggu Papa naik darat dulu...

Semoga di usia 28 thn ini & akan datang, aku :-

1 - semakin tabah & matang mhadapi suka duka kehidupan

2 - akan bjaya dlm segala yg aku ceburi

3 - dilimpahi rezeki yg blipat kali ganda

4 - sentiasa dirahmati & dilindungi oleh Yang Maha Kuasa

5 - sentiasa dalam keadaan sihat walafiat utk anak ku Mikael & hubby..serta anak2 ku yg akan datang..hehe

 

24 May 2011

JuJuR - RaDJa

Melayan lagu JUJUR by RADJA kt HotFM skrg..

Duhai kekasih pujaan hatiku
dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

buktikanlah bila kau ada cinta
setulus hatimu bisa menerima
sebatas kejujuran yang kau miliki
bukan sekedar bersama

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku

jujurlah padaku bila kau tak lagi setia
tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya

Mikael, Mama, Paksu Wan & Nenek

Huhu..selama 3 mggu yg akn dtg ini (setat smlm) tggl la Mikael bsama Mama nye shj..Ini kerana Papa outstation offshore ke Labuan selama 4 hari (setat smlm smpi Khamis 26/05 nie)..so selama 1st week nie, Pakcu Wan (adik Mama) kebetulan telah tamat pengajian, sudi menemankan Mikael n Mama kt umah...Lagipun sejak 8 bulan Mikael di bumi Allah nie, Pakcu Wan nyer x penah jumpa n tgk Mikael pun lagi..Tapi 2nd week Pakcu Wan x boleh temankan dh, sbb Pakcu Wan setat praktikal kt Danau Kota KL...


So next week (setat 30/05 smpi 13/06) Papa g offshore lagi ke Kelantan plak..lama la pulak tue..kesian Mikael..mst Papa blik je nti Mikael dh boleh BERLARI...hehe..so kebetulan la pulak 2 mggu nie tgh cuti sekolah..so Nenek Mikael m'offer diri utk jd peneman spjg Papa g outstation..mgkin Maksu Taty pun dtg sama...sbb Maksu Taty tgh cuti sekolah kn..hehe


So btambah manja n seronok la Mikael sbb ade org yg rajin melayan n mdukung dia nti..hahaha

23 May 2011

Koleksi Mikael

Nie dia tgh sibuk memunggah..
Em saje je upload gmbr mainan Mikael...sbb umah tgh bsepah dgn toys dia kt ruang tamu nie...
 
Puting tlekat je kt mulut tue..

Antara toys yg dibeli mula2 dulu..

Toys yg diberi oleh Achik Tina & Mak Lang Ita

Buku yg Mama beli utk Mikael..moga cepat baca @ pandai mcm Papa
Umur Mikael skrg, toys dia sikit jer..Tggu la dia dh pndai jalan, nti Mama beli lagi toys byk2..pastu mst dh btukar plak katagori toys nyer..yg mcm skrg nie, mane sesuai dh bila dia dh pndai jalan..hehe

Bila dia dh besar nti, mst nk Batman la, Power Rangers, Thomas, lori, kereta kontrol dll..tue semua2 nti Papa yg akan beli yer..hehe..cepat besar yer sayang...

22 May 2011

My Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART




Akhirnya..cheese tart yg aku buat..hehe bkn la..actually kakak aku yg buat...aku duk tgk2 jer..tlg isi blueberry dlm acuan jer..haha...wlupun 1st time buat..tp rs nyer marvellous la...sedappp....nti leh aku try buat plak kn???Mikael leh mkn bile dia besar nti...

Mikael mula merangkak

MiKaeL MuLa MeRaNgKaK



Dalam sebulan nie, my hero Mikael dh mula belajar merangkak..seronok n kelakar jugak tgk dia angkat2 punggung..


Then smlm 21/05/2011 dia dh setat angkat tgn then maju ke depan beberapa langkah...warghh hebat kn..tp beberapa kali gk la muka tcium lantai..hehe kesian dia...xpe anak mama kn kuat..lagi gmbr2 Mikael tgh leka main n cuba nk merangkak...kelakar kn??




19 May 2011

Najis Dalam Islam

Pagi nie tiba2 aku terpikir pasal najis..haha..busuk kn..So sblm ape2..mari kita baca link nie : http://ms.wikipedia.org/wiki/Najis_dalam_Islam

Bukan ape..almaklum la kita yg ada anak kecik nie..kadang2 anak termuntah, terkencing then terkena baju yg sdg kita pakai..(Mikael mmg sllu muntah n kencing kn mama dia)..So kdg2 kite tlupa then terus solat dgn baju yg tkena muntah or kencing anak tue..

Bkenaan kencing anak, aku mmg faham..air kencing kanak-kanak lelaki berusia di bawah dua tahun yang tidak makan atau minum sesuatu yang lain selain susu ibunya dikategorikan NAJIS MUKHAFFAFAH..mcm Mikael, mmg bwh 2 tahun & myusu susu aku je TETAPI dia dh mula mkn solid food (nestum, bubur nasi dll)..so air kencing Mikael BUKAN dlm kategori NAJIS MUKHAFFAFAH lagi dh..TETAPI dalam kategori NAJIS MUTAWASSITAH..

Tapi mcm mane pulak dgn muntah??kdg2 Mikael or anak2 kecik nie muntah lps myusu..bkn byk pun..keluar ckit jer..so nk dikategorikan dlm najis ape yer??NAJIS MUKHAFFAFAH or NAJIS MUTAWASSITAH??

Sbb ape jd psoalan pd aku, almaklumla sejak ader anak kecik nie, jadual mbasuh baju nyer adalah seminggu sekali, jd kdg2 tue, bju yg sdg kita pakai adalah bju yg br je dipakai time tue..tup tup tup..kena pulak muntah anak..kn ke syg nk basuh bju tue sbb  br pakai..hahaha...(pemalas nyer la mama Mikael nie kn??) 

Akn tetapi, disbbkn ianya mjadi keraguan, adalah lebih baik kita tukar je baju yg lain sbb dikhuatiri muntah abk tu dikategorikan sbg NAJIS MUTAWASSITAH..ye x???tu kalo nk selamat la kn??hehe Renung2 kn & selamat beramal ;) ;)

18 May 2011

Cheese Tart


Haha..weekend nie rasa cm nk wat cheese tart...sbb kakak aku dtg lepak umah aku weekend nie..sbb my hubby xde g Tganu, so aku import la si kakak nie dtg temankan aku..Then dia request nk wat cheese tart..

Yang aku riso nyer..sekali Mikael pun sama tlg wat cheese tart nie..abis dia main tepung je nti..hahah...Xpe kita try je dlu...nti kalo mjadi, aku upload gmbr dlm nie yer..

Resepi nie aku amik dr http://www.desaliving.com/recipes/blueberry-cheese-tartlet/


BLUEBERRY CHEESE TARTLET


Ingredients:
For Pastry Dough
250g butter
80g icing sugar
2 eggs
440g wheat flour
1 tsp vanilla essence
Method:
  1. Combine all ingredients and knead to form a dough. Let rest.
  2. Take a small portion of the dough and press into a small tart moulds.
  3. Prick the pastry using fork randomly.
  4. Bake the tart shell at 175°C till half-cooked. This depends on your oven. Mine take around 10 minutes. It will turn white when it is half cooked.
  5. Meanwhile prepare the filling.
Cheese Filling:
250g cream cheese
3/4 cup icing sugar
1 egg
1/2 cup whipping cream
1 tsp vanilla essence
Enough blueberry filling
Method:
  1. Beat cheese and egg until well combined.
  2. Add vanilla essence, egg and whipping cream.
  3. Keep whipping until the mixture became creamy.
  4. Spoon the mixture into the half baked pastry shell.
  5. Spoon blueberry filling in the middle and use a toothpick to make a swirl.
  6. Bake at 175°C around 15-20 minutes.

    16 May 2011

    Kenangan Lalu...

    Pagi nie aku tengok balik FB lama2 dulu..aku jumpa komen2 Arwah Ili Amir Farhan dlm FB aku..Arwah sememang nyer kaki mengomen FB sume kwn2 dia..Antara yg aku sempat capture :-

    Nie komen dia bila dpt tau aku pregnant..:( :(


    Tapi kini FB aku sunyi sepi tanpa sebarang komen dr Arwah..aku pasti kwn2 arwah pun rs spt ape yg aku rs..setiap kali aku online FB, pasti aku akan jengah gak page dia..wlupun Arwah dh takde..
    Semoga Arwah sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hendaknya..Semoga beliau ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman dan beramal soleh..amin....
    Komen dia suka mnyakat aku kn???rindu yg amat pada Arwah..

    15 May 2011

    15 Mei Pada Tahun 2010

    15 Mei 2010 yang lepas..

    Al-Fatihah, buat anak sedara ku Muhammad Ili Amir Farhan yang telah kembali ke rahmatullah pada tarikh keramat ini pada tahun lepas...Genap setahun permergian mu..Namun hati ini masih tidak dapat menerima hakikat yang engkau telah kembali menemuiNya..

    Gmbr with 1 of ur best fren..(ihsan dr mmbr2 Arwah)
     Masih terasa perasaan saat menerima khabar kejadian tersebut.Engkau pergi secara tiba-tiba, secara mengejut..terasa bagai dletupan bom atom menghentam bumi..kenapa..kenapa..kenapa engkau pergi terlalu cepat..sedangkan ketika itu, usiamu baru 19 tahun..terlalu banyak perkara engkau tidak sempat kecapi..
    Gmbr ketika engkau jadi driver mhantar Kak Nas g nikah


    Pagi selepas Subuh, engkau pergi berjoging di taman..kembali dari joging, engkau sempat update Facebook sebelum engkau terus tidur kepenatan..rupa-rupanya engkau terus tidur untuk selama-lamanya..begitu tenang engkau pergi..

    Andai engkau masih ada, apa yang engkau sedang buat sekarang?mesti engkau sibuk online FB 24 jam..sibuk comment page kawan-kawan..join mana-mana blog yang menarik minat engkau..Andai engkau masih ada..mesti engkau dah tamat pengajian Pre-Law UiTM Merbok..mungkin juga engkau sambung belajar di UiTM Shah Alam pulak kan??Andai engkau masih ada, pasti cita-cita mu untuk menjadi Lawyer akan tercapai..pasti sekarang engkau akan berjaya dalam hidup..

    Andai engkau masih ada, engkau mesti jumpa anak Kak Nas kan An??Nama dia Muhammad Awwal Mikael..sekarang dia dah 7 bulan lebih..lasak sungguh Mikael sekarang nie..dia comel macam Kak Nas..haha..mesti engkau berbulu je bila Kak Nas kata Kak Nas comel..sebab engkau memang selalu macam tue..Tapi....Allah tidak mengizinkan semua itu..Mikael tak sempat jumpa Abang An dia..Mikael tak sempat nak main-main dengan Abang An..Tapi Kak Nas tahu, engkau mesti nampak semua-semua perkara dari SANA kan??engkau nampak betapa comelnya Mikael dari SANA kan An??


    Makin laju air mata menitis..makin terasa pilu menghiris..pergimu membuatkan semua menangis..Semua berlaku sudah tertulis..Kak Nas hanya mampu mendoakan ketenangan dan kesejahteraan mu di SANA dik..semoga kita akan berjumpa di suatu masa nanti..

    Ya Allah, engkau lindungilah Muhammad Ili Amir Farhan dalam rahmat-MU..tempatkan beliau bersama mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh..sesungguhnya beliau seorang adik, anak, dan insan yang amat baik dan berhati mulia..Amin Ya Rabbal Alamin..